Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Pengunjung Our Tampines Hub dapat akses 7 penerbitan SPH Media percuma selama 3 bulan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengunjung Our Tampines Hub dapat akses 7 penerbitan SPH Media percuma selama 3 bulan

Dec 29, 2023 | 08:18 PM



Dari 30 Disember 2023 hingga 31 Mac 2024, orang ramai yang mengunjungi Our Tampines Hub (OTH) akan mendapat akses percuma kepada kandungan premium Berita Harian (BH) dan enam penerbitan SPH Media yang lain tanpa memerlukan langganan.


Kerjasama selama tiga bulan itu sebahagian daripada kempen literasi digital yang bertujuan memperkenalkan bacaan berasaskan lokasi kepada mereka yang berada di OTH.

Dengan mengimbas kod QR di lokasi tersebut dan membenarkan akses lokasi kepada peranti peribadi, orang ramai yang berada dalam radius 120 meter dari OTH boleh memilih untuk membaca kandungan premium daripada BH, The Straits Times, The Business Times, Lianhe Zaobao, Shin Min Daily News, Tamil Murasu atau majalah UWeekly.


Kandungan premium boleh diakses setelah pengguna log masuk melalui akaun mySPH sendiri. Pengguna baru boleh membuat akaun sendiri untuk mengakses kandungan premium SPH Media.

Kempen yang diadakan buat julung-julung kalinya itu akan dilancarkan semasa acara sambutan Tahun Baru 2024 di OTH dari 30 Disember 2023 hingga 1 Januari 2024.

Selain pemberian hadiah dan sesi permainan yang mengajak peserta cuba mengakses penerbitan SPH Media, terdapat juga pameran unjuran digital pengalaman dan kenangan yang dikongsi oleh penduduk Tampines yang diadakan pada 31 Disember dari 10 malam hingga 12.30 pagi di Dataran Bandar OTH.

Sambutan Tahun Baru itu juga akan menampilkan pertunjukan bunga api serta persembahan muzik oleh artis tempatan yang terdiri daripada kumpulan cappella MICapella, kumpulan ska Cesspit serta DJ Tinc.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >