Para pengunjung ke reruai Berita Harian pada hari terakhir pesta ‘Raikan Ilmu @ Heartlands’ anjuran Yayasan Mendaki di pusat beli-belah Northpoint City pada 27 Julai, berpeluang mengetahui lebih lanjut tentang kandungan yang dihasilkan akhbar itu.
Editor Audiens dan Perkembangan (BH), Cik Norhaiza Hashim (kiri) dan wartawan BH, Cik Insyirah Mohd Shukor (kanan), mengambil kesempatan untuk berinteraksi dengan pengunjung sambil memperkenalkan kandungan seperti teka-teki, kraf dan melukis yang dihasilkan dalam akhbar Gen G dan Cilik Cerdik.
Pelbagai aktiviti lain turut ditawarkan di reruai itu dan antara yang disertai pengunjung ialah menjadi tetamu atau hos podcast #NoTapis di reruai tersebut.
Sejak dimulakan pada 4 Julai, kempen Raikan Ilmu 2025 telah menarik lebih 90,000 pengunjung.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg