Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pengurus bersama kedai minyak wangi Jamal Kazura Aromatics, meninggal dunia

Nov 11, 2024 | 2:38 PM
Allahyarham Mohamed Jamal Kazura (kanan) bersama anaknya, Encik Samir Kazura (kiri), di kedai minyak wangi mereka, Jamal Kazura Aromatics.
Allahyarham Mohamed Jamal Kazura (kanan) bersama anaknya, Encik Samir Kazura (kiri), di kedai minyak wangi mereka, Jamal Kazura Aromatics. - Foto fail

Pengurus bersama kedai minyak wangi Jamal Kazura Aromatics, Mohamed Jamal Kazura, telah meninggal dunia pada 7 November pada usia 91 tahun.

Jenazahnya dibawa ke Masjid Sultan pada petang 8 November untuk disolatkan dan selamat dikebumikan pada hari tersebut.

Menurut hantaran akaun rasmi Jamal Kazura Aromatics di Facebook, kedai yang terletak di North Bridge Road itu telah ditutup selama tiga hari sebagai menghormati pemergian Allahyarham.

Allahyarham mewarisi kedai yang dimulakan pada 1993 itu daripada arwah bapanya pada tahun 1970-an.

Berita Harian (BH) telah menghubungi anak Allahyarham, Encik Samir Kazura, yang juga pengurus Jamal Kazura Aromatics untuk mendapatkan butiran lanjut.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg