Pengurus didenda kerana kurung tiga pekerja asing di tengah Covid-19
Premium
Pengurus didenda kerana kurung tiga pekerja asing di tengah Covid-19
Sep 18, 2020 | 5:30 AM
AMBIL TINDAKAN SENDIRI: Shaun Pang Tong Heng mengurung secara salah tiga pekerja warga India kerana menganggap mereka "pengacau". Mereka keluar dari tempat tinggal mereka di Tuas untuk membeli arak walaupun mereka berada dekat kelompok Covid-19. - Foto BH oleh WONG KWAI CHOW -
SEORANG pengurus syarikat didenda $9,000 semalam kerana mengurung secara salah tiga pekerja asing di dalam sebuah bilik selama sekitar 40 hari dari Mei hingga Jun di tengah-tengah pandemik Covid-19.
Pekerja-pekerja itu dikurung kali pertama dari 12 hingga 15 Mei, dan kemudian selama lima minggu dari 19 Mei hingga 26 Jun.

