Topik diikuti
Pergi ke BHkuPengurus logistik didenda $52,000 akibat kesalahan Akta Kastam

Jan 21, 2020 | 5:30 AM
Pengurus logistik didenda $52,000 akibat kesalahan Akta Kastam
SEORANG pengurus syarikat logistik berusia 50 tahun telah dikenakan denda $52,000 atas beberapa kesalahan di bawah Akta Kastam, menurut Kastam Singapura semalam.
Jean Heng, dijatuhkan hukuman pada 8 Januari lalu kerana melakukan pengakuan kastam yang salah, melanggar syarat permit, gagal menyimpan barangan bercukai dalam gudang yang berlesen dan mengemukakan dokumen palsu kepada Kastam Singapura, lapor The Straits Times.