KALAU di bazar selalunya, pada penghujung Ramadan ialah masanya peniaga menurunkan harga bagi produk yang mereka jual demi menarik lebih ramai pelanggan.

Namun dengan langkah pemutus rantaian jangkitan yang dikuatkuasakan pemerintah sekarang, peniaga yang kebanyakannya telah mengalihkan perniagaan ke dalam talian, turut melakukan perkara yang serupa.