Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Peniaga dari rumah derma makanan percuma sepanjang Ramadan

Mar 29, 2023 | 5:05 PM
BERNIAGA SAMBIL BERAMAL: Setiap petang lepas menyiapkan tempahan pelanggan, Cik Razlina Razak, menyusun makanan untuk diderma di depan rumahnya di Blok 450B Bukit Batok West Avenue 6 bagi mereka yang memerlukan. - Foto ihsan RAZLINA RAZAK
BERNIAGA SAMBIL BERAMAL: Setiap petang lepas menyiapkan tempahan pelanggan, Cik Razlina Razak, menyusun makanan untuk diderma di depan rumahnya di Blok 450B Bukit Batok West Avenue 6 bagi mereka yang memerlukan. - Foto ihsan RAZLINA RAZAK -

BERKAT penat lelah dan ketekunannya, perniagaan Cik Razlina Razak menjual makanan bagi ibu bersalin serta masakan lain dari rumah mendapat sambutan baik sejak lebih dua tahun lalu. Ini mendorong beliau berkongsi rezekinya - memberi makanan percuma kepada golongan memerlukan pada Ramadan ini. Cik Razlina, 41 tahun, dahulu bekerja dalam industri fesyen mewah tetapi berhenti pada 2016 untuk menumpukan perhatian pada keluarganya. Beliau mempunyai seorang anak perempuan berusia tiga tahun. Lebih dua tahun lalu, beliau mula berniaga menjual makanan tingkat yang dimasaknya sendiri di rumah. Khidmatnya itu mendapat sambutan, terutama daripada mereka yang bekerja dan kurang upaya memasak sendiri. Malah, pada Ramadan ini beliau mendapat tempahan setiap hari. Sejak tiga bulan lalu, Cik Razlina bertekad mengetepikan sebahagian keuntungannya bagi membuat amal pada bulan puasa ini. Baca laporan penuh di akhbar Berita Harian pada Khamis.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg