Peniaga Melayu manfaat cara inovatif harungi kenaikan kos, cabaran 2024
Premium
Peniaga Melayu manfaat cara inovatif harungi kenaikan kos, cabaran 2024
Jan 2, 2024 | 5:30 AM
BERDAYA SAING: Peniaga Melayu setempat manfaat cara inovatif untuk harungi kenaikan kos dan cabaran pada 2024. (Dari kiri) Pengasas The Fluffy Chef, Cik Zarifah Abdul Rasid; pengarah OS Bagus Foodstuff, Encik Abdul Kadir Abdul Hamid; pemilik dan pengarah Car 1 Motoring, Encik Muhammad Syafiq Rohajat; dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) The Black Hole Group, Encik Mustaffa Kamal. - Foto fail
Berhemat dalam perbelanjaan, menghantar kakitangan untuk menjalani latihan serta menghasilkan produk dan perkhidmatan baru untuk menarik pelanggan adalah sebahagian daripada usaha yang diambil oleh beberapa perniagaan setempat untuk mengharungi kenaikan kos dan merebut peluang baru pada 2024.
Meskipun kos bekalan dan operasi dijangka meningkat lebih tinggi pada 2024, perniagaan Melayu setempat yang dihubungi Berita Harian (BH) berkata mereka kekal optimis untuk meningkatkan perniagaan mereka pada 2024.
Laporan berkaitan
Pemilik I Am Cafe buka cawangan baru di Pulau PinangDec 24, 2023 | 4:15 PM
Niaga sambilan tambah pendapatan yang ‘hampir habis semua’ setiap bulanDec 27, 2023 | 9:24 PM

