Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Peniaga Muslim F&B S'pura ukir nama di Amerika

Sep 22, 2022 | 9:46 PM
TEBAR SAYAP: Encik Lee Syafiq membawa burger Ashes Burnnit dari kota Singa ke Amerika dalam satu usaha bersama beberapa perusahaan F&B lain dari Singapura yang membuka cawangan mereka di New York. - Foto ihsan LEE SYAFIQ
TEBAR SAYAP: Encik Lee Syafiq membawa burger Ashes Burnnit dari kota Singa ke Amerika dalam satu usaha bersama beberapa perusahaan F&B lain dari Singapura yang membuka cawangan mereka di New York. - Foto ihsan LEE SYAFIQ -

DUA perusahaan makanan dan minuman (F&B) halal Singapura - Ashes Burnnit dan Padi@Bussorah - kini menempa nama di Amerika Syarikat, apabila cawangan antarabangsa pertama dibuka kepada orang ramai di kota New York pada Rabu (21 Sep). Cawangan mereka itu terletak di sebuah ruang penjaja bernama Urban Hawker dekat Times Square. Ruang yang diusahakan Makansutra, yang diasaskan Encik KF Seetoh, dan syarikat Amerika, Urbanspace, itu menempatkan 18 gerai, termasuk 11 gerai oleh perusahaan F&B dari Singapura, dengan tiga daripadanya dikendali usahawan Muslim. Selain Padi D'NYC dan Ashes Burnnit NYC, satu lagi gerai kendalian anak Melayu/Islam itu ialah Mamak's Corner, yang turut dikendali restoran Padi. Laporan penuh di Berita Harian esok (23 Sep).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg