Peniaga, pekerja di Chinatown dapatkan ujian percuma Covid-19

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Peniaga, pekerja di Chinatown dapatkan ujian percuma Covid-19

Feb 9, 2021 | 5:30 AM

Peniaga, pekerja di Chinatown dapatkan ujian percuma Covid-19

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
BERATUR UNTUK DAPATKAN UJIAN: Orang ramai dilihat beratur untuk ujian swab mereka di luar Kreta Ayer People's Theatre di Chinatown semalam. - Foto BH oleh LIM YAOHUI
BERATUR UNTUK DAPATKAN UJIAN: Orang ramai dilihat beratur untuk ujian swab mereka di luar Kreta Ayer People's Theatre di Chinatown semalam. - Foto BH oleh LIM YAOHUI -

ORANG ramai kelihatan beratur di Chinatown dari awal pagi semalam sedang ujian pemantauan Covid-19 percuma ditawarkan kepada kumpulan masyarakat dan pekerja di sana sebagai langkah berjaga-jaga menjelang Tahun Baru Cina.

Dijadualkan diadakan semalam dan hari ini, ujian itu melibatkan pemilik gerai, pemilik kedai, golongan dalam industri makanan dan minuman, serta penghantar makanan yang beroperasi dalam dan sekitar kawasan Chinatown.

Kos bagi ujian itu ditanggung penuh oleh pemerintah.

Inisiatif ini diumumkan bulan lalu, sebahagian langkah berjaga-jaga yang dipertingkat menjelang Tahun Baru Cina.

Dalam kenyataannya sebelum ini, Kementerian Kesihatan (MOH) berkata ujian itu ditawarkan kepada golongan ini sedang mereka dijangka berinteraksi secara lebih kerap dengan orang awam dalam musim perayaan ini.

Sejauh ini, kementerian itu telah menjalankan ujian pemantauan serupa bagi pemandu kereta sewa privet dan teksi, kakitangan penghantaran makanan, juruwang serta pemilik gerai di dalam dan sekitar Pusat Tekka di Little India.

Semalam, Singapura melaporkan dua kes jangkitan Covid-19 dalam masyarakat dan 20 kes diimport.

Ini menjadikan jumlah kes di Singapura sebanyak 59,721.

Sebahagian usaha meningkatkan kapasiti ujian Singapura, pemerintah merancang untuk menggunakan sektor privet untuk mempertingkat keupayaan dalam menguji bagi jangkitan Covid-19.

Ini akan membolehkannya menjalankan lebih 21,000 ujian setiap hari di dormitori dan pusat pemeriksaan daerah, di tengah-tengah usaha untuk memberi vaksin kepada penduduk negara dan mengelak penularan koronavirus itu.

Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) akan melantik vendor untuk menjalankan ujian swab reaksi rantai polimerase (PCR) Covid-19 di 41 dormitori pekerja asing dan 16 pusat pemeriksaan daerah, lapor The Straits Times.

Mereka juga akan perlu menjalankan ujian sampel dengan makmal berlesen untuk melakukan Ujian Antigen Pantas (ART) dan menyediakan perkhidmatan phlebotomy atau ujian serologi.

Ujian merupakan salah satu strategi utama Singapura untuk mengawal penularan virus kerana ia membolehkan pihak berkuasa untuk segera mengawal keadaan dan mengesan kes.

Sebahagian langkah berjaga-jaga menjelang Tahun Baru Cina, semua rumah di Singapura juga hanya dibenarkan menerima lapan tetamu setiap hari.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg