SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Peningkatan hutang boleh muncul sebagai masalah terbesar selepas Covid-19: ketua MAS

Peningkatan hutang boleh muncul sebagai masalah terbesar selepas Covid-19: ketua MAS

Jun 12, 2020 | 1:45 PM

Peningkatan hutang boleh muncul sebagai masalah terbesar selepas Covid-19: ketua MAS

TEKANAN KEWANGAN: Encik Menon berkata, pengumpulan hutang mungkin akan menjadi masalah nombor satu akibat pandemik Covid-19.
TEKANAN KEWANGAN: Encik Menon berkata, pengumpulan hutang mungkin akan menjadi masalah nombor satu akibat pandemik Covid-19. - FAIL ST

PENINGKATAN hutang di seluruh dunia mungkin akan menjadi masalah paling besar selepas pandemik Covid-19, kata pengarah urusan Penguasa Kewangan Singapura (MAS), Encik Ravi Menon. Sedang langkah-langkah fiskal dan kewangan di seluruh dunia buat masa ini telah menurunkan risiko kegagalan kredit dan kekurangan pembiayaan, peningkatan hutang akan memberi banyak kesan, termasuk risiko kesukaran korporat sebaik toleransi dan penangguhan pinjaman berakhir, katanya dalam satu wawancara podcast dengan presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Institut Kewangan Antarabangsa, Encik Tim Adams. Transkripnya dikeluarkan oleh MAS semalam. "Pengumpulan hutang mungkin akan menjadi masalah nombor satu akibat pandemik Covid-19. Dan kita harus menanganinya mulai 2021," kata Encik Menon. Tindak balas fiskal Singapura terhadap krisis itu - empat pakej sokongan dalam masa empat bulan berjumlah sekitar 20 peratus daripada hasil kasar dalam negeri (GDP) - dibantu oleh simpanan rizabnya yang sihat.

Bagaimanapun, pemerintah di tempat lain telah mengumpul jumlah hutang yang besar untuk menyokong ekonomi mereka. Encik Adams menukil data Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) yang menunjukkan defisit anggaran di Amerika Syarikat telah meningkat menjadi 6 peratus GDP, dengan hutang meningkat sebanyak AS$17 trilion ($24 trilion). Mengenai hutang korporat, ia sudahpun tinggi sebelum wabak dan sekarang meningkat di banyak tempat di dunia, katanya dalam podcast pada 28 Mei itu. "Sekiranya keadaan Covid-19 tidak dibendung, hutang itu akan terus meningkat, kualiti kredit akan merosot dan risiko kredit akan mula meningkat.

"Setelah semua toleransi dan penangguhan pinjaman ini berakhir, kerana anda hanya dapat melakukan sebegitu banyak, maka anda akan menghadapi lebih banyak kesukaran korporat," katanya.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg