Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penipuan pancingan data libatkan pelanggan OCBC: Remaja lakukan kesalahan semula semasa dalam probesyen

Jan 4, 2023 | 7:00 PM
Brayden Cheng Ming Yan
Brayden Cheng Ming Yan - KELVIN CHNG

SEORANG remaja sedang menjalani probesyen apabila dia mengambil bahagian dalam aktiviti berkaitan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan penipuan pancingan data yang melibatkan pelanggan OCBC Bank. Secara keseluruhannya, mangsa kehilangan kira-kira $12.8 juta. Brayden Cheng Ming Yan, 19 tahun, mengaku bersalah semalam (4 Jan) atas peranannya dalam operasi pengubahan wang haram. Dia juga mengaku melakukan kesalahan di bawah Akta Jenayah Terancang. Individu lain yang dikaitkan dengan penipuan itu, termasuk Mark Teo Sin Yan, 32 tahun, dan Leong Jun Xian, 21 tahun, telah dihadapkan di mahkamah sebelum ini. Kes membabitkan beberapa lagi, termasuk Kong Jia Quan dan Muhammad Khairuddin Eskandariah, kedua-duanya berusia 20 tahun, masih belum selesai. Cheng sebelum ini disabitkan dengan kesalahan termasuk merusuh dan dikenakan probesyen pada Ogos 2021. Tetapi dia kembali melakukan jenayah dan melakukan kesalahan terbarunya dari November 2021 hingga Februari 2022, kata pihak pendakwa.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg