SEORANG penjaga di pusat jagaan pelajar sekolah rendah, yang didapati bersalah atas 13 tuduhan mendera secara seksual lapan kanak-kanak lelaki sepanjang tempoh lebih dua tahun, dijatuhi hukuman penjara 10 tahun semalam.

Lelaki berusia 66 tahun itu dan mangsa, yang pada masa itu berumur tujuh hingga 12, tidak boleh dinamakan kerana perintah larangan.