Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penjara bagi bekas guru agama yang cium anak murid di bibir

Mar 16, 2020 | 2:30 PM
-

SEORANG guru agama yang diiktiraf, yang mengadakan kelas mengaji Al-Quran di flatnya, mencium seorang murid berusia lapan tahun di bibir.

Pesalah, yang namanya tidak boleh disiarkan, kemudian memberitahu kanak-kanak itu agar tidak memberitahu sesiapa, lapor The Straits Times.

Lelaki berusia 66 tahun itu dihukum penjara enam minggu pada hari Isnin (16 Mac) setelah mengaku bersalah melakukan perbuatan tidak senonoh ke atas budak perempuan itu.

Tuduhan kedua yang serupa melibatkan mangsa yang sama diambil dalam pertimbangan semasa hukuman dijatuhkan.

Semasa kesalahan itu dilakukan, pesalah merupakan guru agama yang diiktiraf di bawah Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS) oleh Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).

Lelaki itu kini dibebaskan dengan ikat jamin $ 15,000 dan akan menyerahkan dirinya ke Mahkamah Negara pada hari Rabu untuk memulakan hukuman penjaranya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg