Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penjara, FSC bantu tahanan berkeluarga, ada anak kecil

Aug 27, 2022 | 5:30 AM
BANTU BANDUAN SEKELUARGA: (Dari kiri) Penolong Pesuruhjaya (AC), Cik Caroline Lim, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim dan Cik Amelia Lim Sze Mae meletakkan kepentingan untuk menyokong keluarga banduan dalam keadaan sukar untuk membolehkan mereka menumpukan perhatian pada perjalanan pemulihan. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA
BANTU BANDUAN SEKELUARGA: (Dari kiri) Penolong Pesuruhjaya (AC), Cik Caroline Lim, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim dan Cik Amelia Lim Sze Mae meletakkan kepentingan untuk menyokong keluarga banduan dalam keadaan sukar untuk membolehkan mereka menumpukan perhatian pada perjalanan pemulihan. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA -

Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS) dan Pusat Khidmat Keluarga (FSC) kini menjalin kerjasama bagi membantu keluarga banduan yang mempunyai anak kecil.

Antara penerima bantuan ini hasil kerjasama ini ialah 'Cik Jessica' (nama samaran), yang berumur 27 tahun dan bekerja sebagai kakitangan pentadbiran.

Isteri bekas banduan itu telah diberi sokongan dari segi emosi dan kewangan setelah suaminya dipenjara atas penyalahgunaan dadah.

Cik Jessica mengalami ketidakseimbangan dalam hidupnya, disebabkan suaminya adalah pencari nafkah.

Suaminya juga meninggalkan beliau dengan hutang judi sehinggakan beliau terpaksa mengimbangi tanggungjawabnya untuk menjaga anak sambil mencari nafkah.

"Kami membantu memberi sokongan kaunseling dan menyediakan keperluan anak seperti susu, lampin dan juga aplikasi penjagaan kanak-kanak supaya Cik Jessica boleh menumpukan perhatian untuk bekerja," terang Cik Amelia Lim Sze Mae, seorang pekerja sosial daripada FSC Fei Yue.

Pada Jun tahun ini, suami Cik Jessica telah dibebaskan dari penjara dan kini sedang berusaha untuk beralih daripada flat sewa kepada flat BTO selepas menerima Kelayakan Pinjaman HDB (HLE).

SPS mendapati bahawa keluarga banduan memerlukan lebih banyak sokongan dalam tempoh enam bulan pertama dan terakhir setelah orang tersayang mereka dipenjarakan.

Pada enam bulan pertama, keluarga perlu menyesuaikan diri dengan perubahan keluarga manakala dalam tempoh enam bulan terakhir, keluarga perlu bersedia untuk pulangan banduan dan menyokong perjalanan integrasi semula mereka.

"Sejak kerjasama ini, lebih daripada 800 banduan telah dinilai untuk keperluan keluarga, dengan lebih daripada 400 keluarga dibantu oleh SPS dan FSC," kongsi Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, semalam.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg