Penjara lebih lama dan denda lebih tinggi bagi pelumba haram di bawah usul pindaan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penjara lebih lama dan denda lebih tinggi bagi pelumba haram di bawah usul pindaan

Apr 5, 2021 | 7:08 PM

Penjara lebih lama dan denda lebih tinggi bagi pelumba haram di bawah usul pindaan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Sekiranya pindaan itu diluluskan, pesalah kali pertama akan dikenakan denda maksimum $5,000 dan penjara hingga satu tahun. Pesalah berulang akan didenda hingga $10,000 dan dipenjara hingga dua tahun.
Sekiranya pindaan itu diluluskan, pesalah kali pertama akan dikenakan denda maksimum $5,000 dan penjara hingga satu tahun. Pesalah berulang akan didenda hingga $10,000 dan dipenjara hingga dua tahun. - Foto Fail ST

MEREKA yang menggalak atau menyertai perlumbaan haram akan menghadapi denda lebih tinggi dan hukuman penjara wajib dua kali lebih panjang jika usulan pindaan terhadap Akta Lalu Lintas Jalan Raya disahkan menjadi undang-undang.

Mahkamah juga akan diberi lebih banyak kelonggaran untuk membatalkan kelayakan pemandu jika mereka didapati bersalah dalam kes keganasan di jalan raya.

Ini antara beberapa perubahan kepada Akta Lalu Lintas Jalan Raya yang dibentangkan di Parlimen pada Isnin (5 April) untuk meningkatkan keselamatan jalan raya di sini berikutan lonjakan kes perlumbaan haram tahun lalu. Di bawah pindaan yang diusulkan itu, hukuman maksimum bagi kesalahan lumba haram akan ditingkatkan supaya selaras dengan hukuman bagi kesalahan memandu secara berbahaya.

Buat masa ini, mereka yang bersalah melakukan lumba haram boleh didenda, dipenjara dan dirampas kenderaan yang terlibat. Pesalah kali pertama boleh dipenjara hingga enam bulan dan didenda antara $1,000 dengan $2,000. Pesalah berulang boleh dipenjara hingga satu tahun dan didenda antara $2,000 dengan $3,000. Sekiranya pindaan itu diluluskan, pesalah kali pertama akan dikenakan denda maksimum $5,000 dan penjara hingga satu tahun. Pesalah berulang akan didenda hingga $10,000 dan dipenjara hingga dua tahun.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg