Penjara, sebat bagi lelaki yang cabul kehormatan tukang gunting rambut wanita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penjara, sebat bagi lelaki yang cabul kehormatan tukang gunting rambut wanita

May 17, 2021 | 4:45 PM

Penjara, sebat bagi lelaki yang cabul kehormatan tukang gunting rambut wanita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
7f3864cd-0980-4f5c-b06b-2c19a3e7cc4b
-

SEORANG lelaki yang telah mencabul kehormatan seorang tukang gunting rambut wanita semasa beliau menggunting rambutnya telah dijatuhkan hukuman penjara 10 bulan dan tiga sebatan.

Wilson Selvanson, 33 tahun, mengaku bersalah terhadap dua tuduhan mencabul kehormatan wanita berusia 32 tahun itu yang tidak boleh dinamakan atas perintah mahkamah.

Butiran tentang kedai gunting rambut itu juga tidak boleh disiarkan.

Mahkamah diberitahu bahawa Wilson telah mengunjungi kedai gunting rambut itu pada sekitar 7.40 malam pada 2 Januari lalu.

Sedang wanita itu menggunting rambutnya, Wilson menanyakan beberapa soalan peribadi seperti umur wanita tersebut.

Dia juga menyuruh wanita itu membuka pelitupnya kerana ingin melihat wajahnya.

Wilson kemudian memasukkan tangannya ke dalam seluar jeans wanita tersebut dan menyentuh punggungnya.

Wanita yang ketakutan itu menyuruhnya berhenti dan sambung menggunting rambut Wilson dan selang beberapa minit kemudian, lelaki tersebut melakukan hal serupa sekali lagi.

Wanita tersebut berhenti serta-merta dan menyuruhnya berhenti.

Beliau kemudian melaporkan kejadian tersebut kepada penyelianya.

Atas setiap tuduhan mencabul kehormatan, pesalah boleh dipenjara sehingga dua tahun dan didenda atau dirotan. - The Straits Times

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg