DALAM laporan bertajuk 'TAA kumpul lebih $850,000 menerusi Sinaran Hati' dan tajuk sampingan 'Derma naik $260,000 daripada tahun lalu; sasaran asal penganjur $600,000' di muka 11 semalam, turut disebut bahawa pungutan tahun lalu mencecah sebanyak $594,048.

Pengurus Kanan Tabung Amal Aidilfitri (TAA) Encik Mohd Yahya Zakaria menjelaskan bahawa jumlah tersebut tidak termasuk pungutan telepol 2016, yang mana derma melalui telefon Ramadan ialah sebanyak $250,741.