Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penjelasan tentang kunjungan keluarga lepas 1 Jun

May 12, 2020 | 10:43 PM
-

PEMERINTAH sedang mengkaji langkah untuk melonggarkan sekatan selepas 1 Jun, termasuk apakah untuk membenarkan kunjungan keluarga.

Namun, jika masih ada risiko, pemerintah juga mungkin mengekalkan sekatan sedia ada meskipun selepas 1 Jun.

Kementerian Pembangunan Negara memberi penjelasan lanjut tentang apa yang dikatakan Menteri Pembangunan Negara Lawrence Wong dalam satu sidang media pada Selasa (12 Mei), apabila Berita Harian bertanya tentang sambutan Hari Raya.

"Menjawab soalan Berita Harian, Menteri Wong berkata pemerintah sedang mengkaji apa yang sedang dilakukan untuk melonggarkan sekatan selepas 1 Jun.

"Kami ingin menjelaskan bahawa Menteri memberi respons dalam konteks kunjungan keluarga secara umum, dan bukan Hari Raya secara khusus," kata MND pada 12 Mei selepas sidang akhbar itu.

Ini jawapan penuh Encik Wong dalam sidang akhbar itu:

"Ini adalah salah satu perkara yang sedang kami kaji, kerana kami memikirkan apa yang dapat dilakukan dari segi kelonggaran sekatan, selepas 1 Jun. Kami belum membuat keputusan. Seperti yang saya katakan, seluruh tindakan yang dapat dilakukan, baik dari segi membuka kembali beberapa tempat kerja atau sekatan mengenai interaksi sosial, kami akan mengumumkannya apabila kami sudah sedia.

"Tetapi bagi perkara yang berkaitan dengan mengunjungi anggota keluarga, kami mengkaji perkara ini dengan sangat teliti, kerana kami sedar bahawa ramai orang ingin mengunjungi anggota keluarga mereka.

"Ramai ibu bapa dan datuk nenek merindui anak dan cucu mereka. Walaupun kami ingin benarkan mereka saling menziarahi - ianya tidak sama apabila anda hanya melakukan panggilan video maya atau panggilan telefon, saya rasa ramai yang ingin berhubung semula secara fizikal - dan kami memahami keinginan untuk melakukannya, kami harus berhati-hati dalam mengambil langkah sedemikian. Terutama apabila jika ia melibatkan warga emas, kerana kita semua tahu bahawa mereka mudah terjejas, dan jika mereka terkena virus, penyakit ini berpotensi mendatangkan maut.

"Kami mempertimbangkannya dengan teliti dan apabila kami sudah bersedia, tetapi bergantung sekali lagi pada penilaian kami mengenai risiko keadaan masyarakat setempat dari segi penyebaran virus pada masa itu, maka kami akan membuat keputusan mengenai berapa banyak kelonggaran yang boleh atau yang tidak dapat kita lakukan, terutama untuk kunjungan anggota keluarga."

Dalam satu pos Facebook pula pada Selasa (12 Mei), Encik Wong berkata:

"Kami akan melihat tanda-tanda dalam beberapa hari akan datang dan menilai situasinya dengan berhati-hati.

"Jika masih ada risiko, kami mungkin perlu tunggu dahulu dan tidak membenarkan kunjungan sedemikian untuk sedikit masa lagi, dan terus mengekalkan sekatan dan perlindungan sedia ada meskipun selepas 1 Jun.

"Ia bukan satu keputusan yang mudah untuk diambil, tetapi saya berharap warga Singapura akan memahami matlamat utama kami adalah untuk melindungi warga emas dan menyelamatkan nyawa."

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg