Penjualan lebih banyak flat baru antara sebab defisit HDB naik 44.4%
Premium
Penjualan lebih banyak flat baru antara sebab defisit HDB naik 44.4%
Oct 29, 2018 | 5:30 AM

-
PENJUALAN lebih banyak flat baru dan kerja peningkatan yang dijalankan ke atas lebih banyak flat lama menyumbang sebahagiannya kepada kenaikan 44.4 peratus dalam defisit bersih Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) pada tahun kewangan berakhir 31 Mac lalu.
Dalam laporan tahunannya yang diedarkan kepada media seminggu lalu, HDB menanggung defisit keseluruhan mencecah $1.717 bilion pada tahun kewangan 2017/2018 - naik daripada $1.189 bilion.

