Topik diikuti
Pergi ke BHkuPenolong pengurus tekad bantu pesakit kembali ke alam pekerjaan
Oct 19, 2017 | 5:30 AM
Penolong pengurus tekad bantu pesakit kembali ke alam pekerjaan
APABILA Encik Muhammad Hafidz Jaafar menerima lebih ramai belia yang mengalami isu kesihatan mental seperti skizofrenia, sebagai seorang pegawai kes bagi belia berisiko, beliau sukar memahami keadaan mereka.
Prihatin dengan trend meningkat itu, beliau bertekad mahu mengambil tahu lebih mendalam tentang masalah kesihatan mental agar dapat membantu mereka dengan lebih baik.