Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penolong profesor NTU diperkenal, wajah baru Tampines East

Jun 15, 2024 | 7:41 PM
(dari kiri) Penolong Profesor Pemasaran, Universiti Teknologi Nanyang (NTU), Dr Charlene Chen; Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) North East, Encik Desmond Choo; Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong; Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Menteri Kedua Kesihatan, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad dan Setiausaha Parlimen Kanan (Kemampanan dan Sekitaran merangkap Pengangkutan), Encik Baey Yam Keng, hadir di Festival Pembelajaran Tampines pada 15 Jun.
(dari kiri) Penolong Profesor Pemasaran, Universiti Teknologi Nanyang (NTU), Dr Charlene Chen; Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) North East, Encik Desmond Choo; Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong; Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Menteri Kedua Kesihatan, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad dan Setiausaha Parlimen Kanan (Kemampanan dan Sekitaran merangkap Pengangkutan), Encik Baey Yam Keng, hadir di Festival Pembelajaran Tampines pada 15 Jun. - Foto ST

Seorang pemimpin akar umbi baru bagi Tampines East di GRC Tampines telah diperkenal kepada penduduk oleh menteri utama di kawasan undi itu, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, pada 15 Jun.

Bercakap di Festival Pembelajaran Tampines, Encik Masagos, yang juga Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga berkata Penolong Profesor Pemasaran, Universiti Teknologi Nanyang (NTU), Dr Charlene Chen, akan bekerjasama dengan beliau untuk berkhidmat buat penduduk Tampines East, yang di bawah jagaannya sejak Julai 2023.

Mantan Anggota Parlimen (AP), Cik Cheng Li Hui, yang sebelum ini berkhidmat sebagai AP di kawasan tersebut, meletak jawatan pada 2023 disebabkan hubungan sulit bersama mantan Speaker Parlimen, Encik Tan Chuan-Jin.

Menarik perhatian bahawa Dr Chen telah dilantik sebagai penasihat kedua kepada pertubuhan akar umbi di GRC Tampines, Encik Masagos berkata Dr Chen telah tampil secara sukarela, lapor akhbar The Straits Times (ST).

“Saya mempunyai... dua divisyen. Adalah sangat sukar untuk mengendalikan kesemuanya, dan adalah tidak adil buat penduduk.

“Dr Chen berkata beliau akan membantu kami, dan beliau akan bekerjasama dengan saya untuk berkhidmat buat penduduk Tampines East,” tambahnya.

Dr Chen, yang berpakaian baju polo dengan perkataan ‘Tampines’, ditemani Encik Masagos dan dua lagi AP GRC Tampines – Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) North East, Encik Desmond Choo, dan Setiausaha Parlimen Kanan (Kemampanan dan Sekitaran merangkap Pengangkutan), Encik Baey Yam Keng – di atas pentas.

Dr Chen berkata beliau menyertai pasukan tersebut sejak beberapa minggu lalu.

“Saya kagum dengan dedikasi pemimpin akar umbi di sini, dan mereka satu pasukan hebat yang amat prihatin tentang usaha meningkatkan kesejahteraan dan kebajikan penduduk di sini. Saya amat berbesar hati dapat menyokong mereka.

“Jangan rasa malu untuk menyapa saya apabila melihat saya berjalan di kejiranan anda, apabila saya lakukan lawatan rumah. Sila tampil dan berkongsi keprihatinan dan isu anda bersama saya. Saya akan sentiasa ada untuk mendengar,” tambahnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg