Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penubuhan Wakaf Masyarakat S'pura kian siap: Masagos

Apr 28, 2023 | 8:34 PM
RAMAH MESRA HARI RAYA: Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong (tengah), beramah mesra dengan tetamu di majlis Perjumpaan Hari Raya Menteri pada Jumaat. Bersamanya ialah Presiden Muis, Encik Saat A. Rahman (kiri) dan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad (kanan).
RAMAH MESRA HARI RAYA: Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong (tengah), beramah mesra dengan tetamu di majlis Perjumpaan Hari Raya Menteri pada Jumaat. Bersamanya ialah Presiden Muis, Encik Saat A. Rahman (kiri) dan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad (kanan). - SHAFIQ APANDI

MAJLIS Ugama Islam Singapura hampir selesai menubuhkan Wakaf Masyarakat Singapura (WMS) dan sedang berusaha untuk memastikan perundangan mengenainya dilaksanakan bagi mentadbir wakaf itu, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad. Beberapa individu juga telah tampil untuk mengikrarkan derma ke WMS, termasuk usahawan dan Ketua Pegawai Eksekutif Second Chance Properties Ltd (SCP), Encik Salleh Marican. Encik Masagos memberi perkembangan terkini semasa berucap di Majlis Perjumpaan Hari Raya Menteri di Pusat Konvensyen Marina Bay Sands pada Jumaat. Majlis itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, dan Menteri Kanan, Encik Teo Chee Hean. Encik Masagos, yang juga Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Menteri Kedua (Kesihatan), berkata maklum balas masyarakat terhadap WMS amat menggalakkan. "Saya berbesar hati Muis hampir selesai menubuhkan WMS, bahkan sudah mendampingi masyarakat untuk meningkatkan kesedaran tentang wakaf dan alat-alat perancangan harta peninggalan. "Maklum balas masyarakat terhadap WMS amat menggalakkan. Saya sangat gembira ramai menyokong visi wakaf untuk menampung keperluan keagamaan masa depan masyarakat Islam kita dan institusi-institusinya. "Pokok dana ini akan dikekalkan dan dilaburkan sepenuhnya. Ia akan menjana pendapatan yang akan disalur kepada penerima WMS. "Muis sedang berusaha memastikan struktur undang-undang lengkap untuk tadbir urus wakaf ini," jelas beliau.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg