Hotel terjejas ambil langkah pastikan keselamatan kakitangan, tamu
Premium
Hotel terjejas ambil langkah pastikan keselamatan kakitangan, tamu
Jan 27, 2020 | 5:30 AM
TERUS BERWASPADA: Para pelawat dan kakitangan di The Village Hotel Sentosa memakai pelitup sebagai langkah berjaga-jaga selepas hotel itu menjadi tempat penginapan pesakit keempat yang sah dijangkiti virus Wuhan di Singapura. - Foto BH oleh TIMOTHY DAVID -
VILLAGE Hotel Sentosa yang menjadi tempat penginapan pesakit keempat virus Wuhan di Singapura, telah mengosongkan bilik yang didiami pesakit itu dan mengenal- pasti tujuh kakitangannya yang berinteraksi langsung dengan pesakit tersebut.
Para kakitangan hotel yang terjejas itu telah dihantar ke hospital berdekatan dengan rumah mereka dan diasingkan di bilik pengasingan bagi pemeriksaan lanjut, menurut pengurus hotel itu, Encik Albert Ocasio ketika dihubungi Berita Harian (BH) semalam.

