Penumpang berkerusi roda, hamil, tua akan diberi keutamaan di semua MRT dan LRT

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penumpang berkerusi roda, hamil, tua akan diberi keutamaan di semua MRT dan LRT

Mar 31, 2016 | 2:19 PM

Penumpang berkerusi roda, hamil, tua akan diberi keutamaan di semua MRT dan LRT

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Barisan keutamaan, yang ditandakan dengan pelekat, dicuba SMRT dibeberapa stesen terpilih.
Barisan keutamaan, yang ditandakan dengan pelekat, dicuba SMRT dibeberapa stesen terpilih. - FOTO FAIL SMRT

BARISAN keutamaan akan dilaksana di semua stesen MRT, pintu skrin platform dan lif penumpang tidak lama lagi.

Ini akan membolehkan penumpang seperti pengguna kerusi roda, wanita hamil, orang tua dan ibu bapa membawa kereta sorong menaiki kereta api atau memasuki lif pertama dulu.

Mengumumkan ini pada Khamis (31 Mac) dalam satu kenyataan, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) berkata barisan keutamaan akan dilaksana di empat stesen dan sebuah pusat tukaran dahulu dan maklum balas akan dikumpul daripada penumpang selma dua bulan.

Stesen itu ialah: Novena (Laluan Utara-Selatan), Outram Park (Laluan Timur-Barat dan Laluan Utara-Timur ), Chinatown (Laluan Utara-Timur), Sengkang (Laluan Utara-Timur) dan Kent Ridge (Laluan Circle).

Kesemuanya dipilih kerana dekat dengan hospital dan penggunaan yang tinggi oleh warga emas, kata LTA.

Berdasarkan maklum balas yang dikumpul, LTA mungkin mengubah suai reka bentuk barisan keutamaan sebelum memanggil tender untuk melancarkan skim itu di seluruh rangkaian MRT dan LRT.

Lokasi barisan keutamaan di depan pintu skrin platform akan sesuai dengan ruang kerusi roda yang diperuntukkan dalam kereta api.

Ia juga akan lebih dekat dengan lif dan jauh dari eskalator di mana trafik penumpang paling tinggi, kata LTA.

Ketua Eksekutif LTA, Encik Chew Men Leong, berkata: "Apabila Singapura menjadi semakin car-lite (kurang pengunaan kereta), adalah penting kita mempunyai inisiatif untuk membuat pengangkutan awam mesra pengguna bagi penumpang dengan pelbagai keperluan."

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg