Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penumpang cedera selepas bas SBS Transit langgar pokok di Bishan

Nov 23, 2023 | 6:30 PM
BUMBUNG ROSAK: Bahagian bumbung bas 88 musnah setelah ia dilaporkan melanggar dahan pokok dalam kejadian di Bishan Street 22 menghala Bishan Street 24 pada 22 November.
BUMBUNG ROSAK: Bahagian bumbung bas 88 musnah setelah ia dilaporkan melanggar dahan pokok dalam kejadian di Bishan Street 22 menghala Bishan Street 24 pada 22 November. - Foto ZB

Seorang penumpang lelaki berusia 54 tahun cedera selepas bas dua tingkat SBS Transit melanggar pokok di Bishan pada 22 November.

Akibat pelanggaran itu, sebahagian besar bumbung bas tersebut musnah, lapor The Straits Times.

Polis berkata ia dimaklumkan tentang kemalangan di Bishan Street 22 menghala Bishan Street 24 pada 10.34 malam.

Jurucakap SBS Transit berkata khidmat bas 88 terlibat dalam kemalangan itu dan mengakibatkan dek atas bas rosak teruk.

Dalam satu video Tiktok oleh fullofluppish pada 22 November menunjukkan bas terbabit tersadai di tepi jalan dengan bumbung bas itu tercabut.

View post on TikTok

Dahan pokok, kepingan kaca dan jalur logam kelihatan bersepah di kaki lima susulan kemalangan itu.

Video itu juga menunjukkan bumbung di bahagian kiri bas terjuntai dek impak daripada kejadian tersebut.

Pihak polis menyatakan penumpang yang cedera dibawa ke Hospital Tan Tock Seng dalam keadaan sedar selepas kemalangan itu.

Dalam satu kenyataan susulan pada 23 November, jurucakap SBS Transit menyatakan penumpang itu sudah keluar dari hospital.

“Kami sedang berhubungan dengannya... dan berikan bantuan sebaik mampu.

“Kami juga ingin memohon maaf kepada penumpang yang terjejas atas tekanan dan kesulitan yang ditimpa,” tambah jurucakap itu.

SBS Transit sedang menjalankan siasatan terhadap punca kejadian.

Polis berkata pemandu lelaki bas terbabit berusia 55 tahun sedang membantu dalam siasatan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg