Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penumpang mungkin hadapi kelewatan di Lapangan Terbang Changi

Nov 11, 2018 | 7:31 PM
LANGKAH HADAPI KEMUNGKINAN KELEWATAN: Penumpang di Lapangan Terbang Changi mungkin menghadapi kelewatan, dengan beberapa pemimpin dunia dan Asean yang dijangka tiba di sini bagi Sidang Puncak Asean Ke-33, namun terdapat langkah yang boleh diambil untuk menangani keadaan.
LANGKAH HADAPI KEMUNGKINAN KELEWATAN: Penumpang di Lapangan Terbang Changi mungkin menghadapi kelewatan, dengan beberapa pemimpin dunia dan Asean yang dijangka tiba di sini bagi Sidang Puncak Asean Ke-33, namun terdapat langkah yang boleh diambil untuk menangani keadaan. - Foto FAIL THE STRAITS TIMES

PENUMPANG di Lapangan Terbang Changi mungkin menghadapi kelewatan, dengan beberapa pemimpin dunia dan Asean yang dijangka tiba di sini bagi Sidang Puncak Asean Ke-33 dan mesyuarat yang berkaitan dengannya minggu ini.

Pemimpin itu dan delegasi mereka dijangka tiba sebelum sidang puncak itu rasmi dilancar Selasa ini (13 November), lapor akhbar The Straits Times.

Pengarah (khidmat trafik udara) Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS), Encik Rosly Saad, bagaimanapun berkata pihaknya tidak menjangka penerbangan delegasi Asean itu boleh menyebabkan kelewatan yang lama bagi penumpang.

Tambahnya, terdapat prosedur dan langkah yang boleh diambil untuk menangani keadaan.

Sidang puncak itu akan berakhir pada 15 November dan selepas itu, kebanyakan pemimpin yang menghadiri Sidang Puncak Asean di sini dijangka ke Papua New Guinea pula bagi menghadiri mesyuarat pemimpin ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (Apec).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg