Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penumpang, pemandu ComfortDelGro tidak dapat akses aplikasi mudah alih

May 8, 2022 | 5:30 AM
GOTONG-ROYONG JAYAKAN PROJEK AMAL: Penjualan nasi beriani amal Masjid Khadijah dijayakan dengan kehadiran lebih 300 jemaah dan sukarelawan dalam membantu memasak, mengedar dan membeli nasi-nasi amal tersebut. - Foto-Foto MASJID KHADIJAH
GOTONG-ROYONG JAYAKAN PROJEK AMAL: Penjualan nasi beriani amal Masjid Khadijah dijayakan dengan kehadiran lebih 300 jemaah dan sukarelawan dalam membantu memasak, mengedar dan membeli nasi-nasi amal tersebut. - Foto-Foto MASJID KHADIJAH -

PENUMPANG dan pemandu ComfortDelGro tidak dapat mengakses aplikasi mudah alih dan perkhidmatan tempahan panggilan pengendali pengangkutan itu semalam disebabkan satu masalah teknikal.

Dalam catatannya di Facebook sekitar 4.20 petang itu, ComfortDelGro berkata, aplikasi dan perkhidmatan tempahan panggilan sedang mengalami masalah teknikal akibat "lonjakan jumlah tempahan".

"Kami ingin memohon maaf atas kesulitan yang berlaku dan sedang berusaha sedaya upaya untuk memulihkannya dan memastikan ia kembali berfungsi."

Difahamkan talian hotline tempahan turut terjejas.

Dalam kemas kini sekitar 6.20 petang, ComfortDelGro berkata mereka berjaya memulihkan kembali perkhidmatan tempahan aplikasi dan panggilan mereka.

Bagaimanapun, mereka berkata mereka "menjangkakan jumlah tempahan yang tinggi pada hujung minggu ini" dan berharap penumpang dapat bersabar dan faham akan perkara ini.

ComfortDelGro, pengendali teksi terbesar Singapura, baru-baru ini melancarkan semula aplikasi mudah alihnya di bawah nama baru, CDG Zig.

Ia menggabungkan aplikasi tempahan teksi dan aplikasi gaya hidup syarikat yang kini telah ditamatkan yang dikenali sebagai Zig.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg