Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penumpang pesawat diiktiraf bantu siasatan kes curi dalam penerbangan dari KL

May 31, 2024 | 5:41 PM
Encik Muhammad Helmi Ali (kanan) menerima pingat Anugerah Semangat Kemasyarakatan Awam daripada Penolong Pesuruhjaya Kanan, Cik M Malathi (kiri) pada 30 Mei.
Encik Muhammad Helmi Ali (kanan) menerima pingat Anugerah Semangat Kemasyarakatan Awam daripada Penolong Pesuruhjaya Kanan, Cik M Malathi (kiri) pada 30 Mei. - Foto PASUKAN POLIS SINGAPURA

Seorang penumpang pesawat diiktiraf oleh Komander Polis Lapangan Terbang Changi pada 30 Mei kerana kerjasama yang diberikan dan menjadi saksi utama kepada kes kecurian yang berlaku dalam pesawat.

Semasa perjalanan pulang dari Kuala Lumpur, Encik Muhammad Helmi Ali telah menyaksikan seorang penumpang lelaki sedang membongkar beg komputer riba di kabin bagasi dalam penerbangan itu.

Setibanya di Singapura, Encik Helmi perasan pemilik sebenar beg komputer riba itu sedang mencari-cari kad kreditnya yang hilang. Dari situ, Encik Helmi dapat mengagak kecurian telah berlaku dan dengan segera memberitahu pemilik beg riba itu. Mereka berdua kemudiannya bergegas memberitahu pihak Polis Bantuan dan bersama-sama dapat menahan si pencuri itu.

Komander Jabatan Polis Lapangan Terbang, Penolong Pesuruhjaya Polis M Malathi memberikan pingat ‘Anugerah Semangat Kemasyarakatan Awam’ kepada Encik Helmi kerana telah membantu dengan siasatan dalam kes kecurian dalam pesawat yang terjadi pada 16 Mei itu.

Lelaki berusia 30 tahun ditahan kerana mencuri di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan 1871 dibaca bersama Seksyen 3 Tokyo Akta Konvensyen 1971.

Jika disabit kesalahan, hukuman mencuri mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan 1871 membawa hukuman penjara hingga tiga tahun, denda atau kedua-duanya sekali.

Penolong Pesuruhjaya Polis M Malathi meluahkan rasa terharunya dan memberi penghargaan kepada Encik Helmi atas komitmen untuk sama-sama memastikan lapangan terbang selamat. Beliau juga berkata:

“Polis Lapangan Terbang ingin mengingatkan pelaku jenayah supaya tidak mengambil peluang di dalam pesawat, kerana aktiviti jenayah tersebut akan ditangani dengan pantas.

“Polis Lapangan Terbang akan terus bekerjasama dengan syarikat penerbangan untuk memastikan penumpang, kabin dan kapal terbang kekal selamat dan terlindung”.

Peringatan untuk orang awam

Untuk melindungi diri anda daripada menjadi mangsa jenayah di dalam pesawat, sila amalkan langkah-langkah pencegahan jenayah berikut:

1. Simpan wang tunai atau barang berharga anda pada setiap masa dan tidak meletakkannya di dalam kabin bagasi di atas kepala.

2. Berhati-hati dan perhatikan penumpang yang kelihatan membuka kabin bagasi atas kepala mengambil bagasi serta menyelongkarnya semasa penerbangan.

3. Maklumkan kru kabin dengan segera tentang tingkah laku yang mencurigakan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg