Topik diikuti
Pergi ke BHkuPenumpang udara di Changi naik 8.1 peratus pada Oktober capai 5.16 juta
Dijangka sambut penumpang ke-60 juta bulan depan

SELALU SIBUK: Lapangan Terbang Changi mencatatkan kenaikan bilangan penumpang yang menggunakannya dan dijangka menyambut penumpang ke-60 juta Disember ini. - Foto fail
Nov 24, 2017 | 5:30 AM
Penumpang udara di Changi naik 8.1 peratus pada Oktober capai 5.16 juta
LAPANGAN Terbang Changi mencatat 5.16 juta pergerakan penumpang pada Oktober lalu - satu peningkatan 8.1 peratus berbanding Oktober tahun lepas.
Dalam kalangan 10 pasaran tertingginya, China, India, Thailand dan Vietnam mencatat kenaikan terbesar, kata Changi Airport Group dalam kenyataannya semalam.