Penunggang basikal elektrik warga senja maut dilanggar Maserati
Penunggang basikal elektrik warga senja maut dilanggar Maserati
Jan 5, 2020 | 3:42 PM
NAHAS JALAN RAYA: Seorang pemandu berusia 25 tahun ditangkap selepas kereta Maserati yang dipandunya terlibat dalam satu kemalangan di Cantonment Road dengan sebuah basikal elektrik sehingga menyebabkan kematian penunggang basikal itu, seorang wanita berusia 69 tahun. - Foto SG ROAD VIGILANTE
SEORANG wanita berusia 69 tahun terkorban akibat satu kemalangan yang melibatkan sebuah kereta Maserati di Cantonment Road pagi tadi (5 Jan).
Pemandu kereta berusia 25 tahun itu ditangkap kerana memandu dengan berbahaya sehingga menyebabkan kematian.
Wanita yang menunggang basikal menggunakan kuasa (PAB) itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik.
Polis dimaklumkan tentang kemalangan di Cantonment Road menghala ke Keppel Road itu sekitar 5.25 pagi.
Siasatan masih dijalankan.

