Topik diikuti
Pergi ke BHkuPenunggang basikal, pemandu boleh dikena hukuman jika guna lorong berbasikal khas di Seletar secara cuai
Penunggang basikal, pemandu boleh dikena hukuman jika guna lorong berbasikal khas di Seletar secara cuai
Penunggang basikal, pemandu boleh dikena hukuman jika guna lorong berbasikal khas di Seletar secara cuai
MEREKA yang berbasikal atau memandu secara cuai di lorong khas berbasikal berdekatan Taman Aeroangkasa Seletar boleh dikenakan hukuman kerana berbuat demikian. Lorong berbasikal itu, yang sepanjang 4.6 kilometer (km) di West Camp Road dan dilancarkan pada Ahad (16 Okt), adalah yang pertama di negara ini berasaskan masa - membenarkan akses eksklusif kepada penunggang basikal dari 5 pagi hingga 11 pagi setiap Ahad di bawah tempoh percubaan selama enam bulan. Namun bas boleh menggunakan lorong itu juga, pada waktu itu, dengan kenderaan lain termasuk peralatan mobiliti peribadi (PMD) pula dilarang. Bercakap kepada wartawan semasa acara pelancaran semalam, Setiausaha Parlimen Kanan (Pengangkutan), Encik Baey Yam Keng, berkata langkah penguatkuasaan akan dijalankan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA). Lorong berbasikal itu - di kedua-dua arah jalan raya - ditandakan dengan tanda biru pepejal, dengan waktu operasi ditunjukkan pada papan tanda jalan dan di lorong itu. Satu buku panduan juga dilancarkan untuk membimbing pengguna jalan raya agar dapat berkongsi ruang dengan selamat. Encik Baey berkata LTA akan menggunakan percubaan itu untuk mengumpul maklum balas dan menilai kesan kepada lalu lintas jalan raya sebelum menentukan rancangan masa depan. Selain itu, had saiz kumpulan berbasikal akan dihapuskan di kedua-dua lorong khas berbasikal di Tanah Merah Coast Road dan West Camp Road, selepas pihak berkuasa mendapati lorong itu adalah selamat buat kumpulan lebih besar terutamanya apabila terdapat lalu lintas kenderaan lebih rendah, katanya. Di acara Ahad itu, kira-kira 40 peminat basikal turut hadir.