Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penunggang motosikal cedera langgar rusa di Upper Thomson

Sep 23, 2019 | 5:38 PM
Polis berkata pihaknya dimaklumkan tentang kejadian pada Sabtu malam yang melibatkan sebuah motosikal di Upper Thomson Road menuju ke Thomson Road. - Foto ROADS.SG/FACEBOOK
Polis berkata pihaknya dimaklumkan tentang kejadian pada Sabtu malam yang melibatkan sebuah motosikal di Upper Thomson Road menuju ke Thomson Road. - Foto ROADS.SG/FACEBOOK -

SEORANG penunggang motosikal dibawa ke hospital setelah melanggar seekor rusa di Upper Thomson Road, lapor The Straits Times.

Polis berkata pihaknya dimaklumkan tentang satu kemalangan pada Sabtu malam (21 September) yang melibatkan sebuah motosikal di Upper Thomson Road menuju ke Thomson Road pada 9.23 malam.

Menurut polis, penunggang motosikal berusia 25 tahun itu masih sedarkan diri apabila dibawa ke Hospital Besar Ng Teng Fong.

Polis berkata bahawa keadaan rusa tidak dapat dipastikan, kerana ia kembali ke hutan setelah dilanggar.

Pada Disember 2018, seorang penunggang motosikal cedera dalam kemalangan yang melibatkan rusa Sambar di Mandai Road.

Dalam kejadian itu , penunggang motosikal berkenaan cedera sedikit dan tidak dibawa ke hospital.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg