Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penunggang e-skuter yang cederakan pasangan anak bapa dipenjara

Sep 15, 2021 | 7:59 PM
Wong Itto dipenjara setahun 11 minggu, disebat tiga kali dan didenda $30,000. - Foto fail
Wong Itto dipenjara setahun 11 minggu, disebat tiga kali dan didenda $30,000. - Foto fail -

SEORANG penunggang e-skuter melanggar peraturan dan cuai di jalan raya sehingga memotong jalan penunggang motosikal lalu menyebabkan kemalangan telah dijatuhkan hukuman penjara, disebat dan didenda.

Wong Itto, kini 26 tahun, memotong jalan seorang penunggang motosikal berusia 55 tahun dan anak perempuannya yang berusia 26 tahun, mengakibatkan mereka jatuh.

Pasangan anak bapa itu dikejarkan ke Hospital Khoo Teck Puat dengan kecederaan termasuk keretakan pada tulang mata dan tulang rusuk.

Akibatnya, Wong dipenjara setahun 11 minggu, disebat tiga kali dan didenda $30,000.

Warga Singapura itu juga akan dipenjara lagi tiga minggu jika dia tidak mampu membayar denda tersebut.

Timbalan Pendakwa Raya Benedict Teong berkata Wong menunggang e-skuternya di lorong kiri Woodlands Loop sekitar 7.40 pagi pada 29 November 2018, apabila kemalangan itu berlaku.

Penunggang motosikal itu terpaksa dirawat di hospital selama empat hari dan diberi cuti sakit selama 34 hari.

Anak perempuannya pula diberi cuti sakit selama tujuh hari.

Wong pula dirawat di hospital selama sehari akibat sakit di kepala.

Selain kesalahan tersebut, Wong juga mengaku bersalah membantu dalam kegiatan peminjaman duit haram.

Akibat menyebabkan kecederaan dengan menunggang e-skuter secara cuai, Wong boleh dipenjara sehingga dua tahun dan didenda sehingga $5,000. - The Straits Times

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg