Topik diikuti
Pergi ke BHkuPenunggang ingkar peraturan e-skuter 'bukan kakitangan mereka,' kata firma penghantaran makanan
Penunggang ingkar peraturan e-skuter 'bukan kakitangan mereka,' kata firma penghantaran makanan
Penunggang ingkar peraturan e-skuter 'bukan kakitangan mereka,' kata firma penghantaran makanan
PENUNGGANG e-skuter yang ingkar larangan penggunaan alat itu dan didapati menggunakan e-skuter untuk tujuan berseronok di serata Singapura bukanlah kakitangan penghantaran makanan, kata firma-firma besar penghantaran makanan setempat hari ini.
Menjawab pertanyaan The Staits Times (ST), Grabfood, Foodpanda dan Deliveroo berkata, mereka telah berhenti bekerjasama dengan pekerja penghantaran makanan yang menggunakan skuter elektrik.
Grabfood, yang merupakan firma terbesar antara tiga syarikat demikian berkata, ia telah menghentikan semua penghantaran yang melibatkan alat itu sejak 1 April tahun ini untuk menjamin keselamatan pekerja penghantarannya dan pengguna laluan jalan kaki.
"Rakan penghantaran kami juga sedar bahawa mereka harus mematuhi semua peraturan setempat sejajar tatalaku kami. Rakan penghantaran yang didapati telah melanggar peraturan itu boleh digantung (pekerjaan) atau kekal dilarang daripada menggunakan wadah GrabFood berdasarkan kes demi kes," kata seorang jurucakap GrabFood.
