Penunggang motosikal 31 tahun terbunuh, 6 cedera dalam kemalangan di sepanjang CTE berhampiran Orchard Road

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penunggang motosikal 31 tahun terbunuh, 6 cedera dalam kemalangan di sepanjang CTE berhampiran Orchard Road

Jul 24, 2021 | 3:24 PM

Penunggang motosikal 31 tahun terbunuh, 6 cedera dalam kemalangan di sepanjang CTE berhampiran Orchard Road

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
20da2a4e-409c-4677-a003-47e6ae52c4a0
- Foto ARIFFIN JAMAR

SEORANG penunggang motosikal berusia 31 tahun maut selepas satu kemalangan pada Jumaat malam (23 Julai) di Ekspreswe Central (CTE) di belakang bangunan Cuppage Plaza berhampiran Orchard Road. Enam lain juga cedera. Rakaman dan gambar yang diedarkan dalam talian menunjukkan seorang penunggang motosikal terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri di ekspreswe itu, dengan serpihan kenderaan berserakan di kawasan berdekatan. Tidak jauh, sebuah lori terbalik, sementara sebuah kereta terbakar. Video lain menunjukkan sekurang-kurangnya sedozen anggota Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) sedang memadamkan api, dengan sekurang-kurangnya dua kereta bomba dan sebuah kereta polis berada di tempat kejadian. Dengan api akhirnya berjaya dipadamkan, sisa kereta yang terbakar di bahu jalan raya dapat dilihat menghadap lalu lintas, dengan bonetnya hancur akibat hentaman kemalangan.

Polis mengatakan dalam satu kenyataan bahawa sebuah kereta, teksi, lori dan dua motosikal terlibat dalam kemalangan di sepanjang CTE menghala ke Expreswe Seletar (SLE) selepas jalan keluar Cavenagh. Ia dimaklumkan mengenai kemalangan itu pada 9.18 malam pada Jumaat. Dua penunggang motosikal lelaki, pemandu kereta wanita, pemandu lori lelaki dan tiga penumpangnya dibawa ke Hospital Tan Tock Seng (TTSH), menurut pihak berkuasa. Salah seorang penunggang motosikal, yang berusia 31 tahun, kemudian meninggal dunia di hospital akibat kecederaannya. Polis sedang menjalankan siasatan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg