Seorang penunggang motosikal berusia 28 tahun cedera selepas dilanggar kereta dalam insiden langgar lari di Mountbatten Road malam semalam.

Pihak polis berkata bahawa mereka dimaklumkan tentang kemalangan tersebut pada 9.25 malam dan ia berlaku dalam perjalanan menuju ke Nicoll Highway.

Lelaki tersebut masih sedarkan diri semasa beliau dibawa ambulans ke Hospital Tan Tock Seng.

Pagi tadi, seorang pengguna Facebook, Puteri Nur Aishah, memperkenalkan dirinya sebagai adik mangsa dan meminta saksi kemalangan tersebut untuk tampil memberikan keterangan.

Katanya, kereta yang melanggar abangnya itu memandu melawan arus trafik dan terus memandu melarikan diri.