Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penunggang motosikal cedera dalam langgar lari di Alexandra Road

Mar 20, 2017 | 2:33 PM
Motosikal seorang penunggang wanita berusia 30-an tahun dilanggar dari belakang di Alexandra Road pada pagi Isnin (20 Mac). SCREENGRAB DARI FACEBOOK / BEH CHIA LOR - SINGAPURA ROAD
Motosikal seorang penunggang wanita berusia 30-an tahun dilanggar dari belakang di Alexandra Road pada pagi Isnin (20 Mac). SCREENGRAB DARI FACEBOOK / BEH CHIA LOR - SINGAPURA ROAD - GAMBAR SKRIN DARIPADA FACEBOOK / BEH CHIA LOR - SINGAPURA ROAD

SEORANG penunggang motosikal wanita dilanggar dalam satu kemalangan yang dipercayai kes langgar lari pada pagi Isnin (20 Mac).

Sebuah video yang disiarkan di laman Facebook masyarakat keselamatan jalan raya Beh Chia Lor menunjukkan sebuah kereta berwarna perak di lorong ketiga melanggar belakang motosikal itu, membuat ia terlanggar sebuah bas di lorong keempat.

Penunggang motosikal itu kemudian jatuh dan dibantu seorang pejalan kaki dan pemandu kenderaan yang videonya merakamkan kejadian tersebut.

[embed]https://www.facebook.com/BehChiaLor/videos/1864333083822777/[/embed]

Polis berkata mereka diberitahu mengenai kemalangan melibatkan bas, kereta dan motosikal di Alexandra Road arah ke Telok Blangah Road, sebelum Jalan Bukit Merah, itu pada 8.24 pagi.

Penunggang berkenaan, 30-an tahun, dihantar ke Hospital Universiti Nasional (NUH) dalam keadaan sedar.

Polis sedang menyiasat.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg