Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penunggang motosikal mati dalam nahas di West Coast Road

Mar 3, 2020 | 3:53 PM
Foto kemalangan di media sosial menunjukkan motosikal yang musnah dan khemah polis dipasang di sebelahnya di persimpangan West Coast Road dan Clementi Avenue 2. Foto: PEMBACA STOMP
Foto kemalangan di media sosial menunjukkan motosikal yang musnah dan khemah polis dipasang di sebelahnya di persimpangan West Coast Road dan Clementi Avenue 2. Foto: PEMBACA STOMP -

SEORANG penunggang motosikal berusia 24 tahun terkorban dalam satu kemalangan yang melibatkan sebuah bas mini di West Coast pada pagi Selasa (3 Mac).

Kata polis, mereka dimaklumkan tentang kemalangan di persimpangan West Coast Road dan Clementi Avenue 2 itu, pada 5.34 pagi, lapor The Straits Times (ST).

Penunggang motosikal itu disahkan mati di tempat kejadian oleh anggota paramedik, kata Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).

Pemandu bas mini, berusia 62 tahun yang terlibat dalam kemalangan itu ditahan polis kerana memandu dengan cuai hingga menyebabkan kematian penunggang motosikal itu, tambah polis.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg