Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penunggang motosikal maut menyusuli nahas di BKE

Mar 4, 2019 | 4:14 PM
KEMALANGAN JALAN RAYA: Nahas di BKE yang meragut nyawa seorang penunggang motosikal berusia 61 tahun turut melibatkan sebuah teksi dan kereta.
KEMALANGAN JALAN RAYA: Nahas di BKE yang meragut nyawa seorang penunggang motosikal berusia 61 tahun turut melibatkan sebuah teksi dan kereta. - Foto TELEGRAM/SGROAD BLOCKS/TRAFFIC NEWS, FACEBOOK/MOHAMAD HAFIZAN

SEORANG penunggang motosikal berusia 61 tahun terkorban menyusuli satu kemalangan jalan raya yang turut melibatkan sebuah teksi dan kereta di Ekspreswe Bukit Timah (BKE) awal pagi tadi (4 Mac).

Pemandu teksi yang berusia 73 tahun itu telah ditangkap kerana menyebabkan kematian akibat tindakan cuai.

Polis berkata mereka dimaklumkan tentang nahas di ekspreswe menghala ke Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) itu pada 1.48 pagi.

Penunggang motosikal tersebut, yang dipercayai seorang lelaki warga Malaysia, disahkan meninggal dunia oleh paramedik di tempat kejadian.

Polis sedang menyiasat kejadian itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg