Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penunggang motosikal yang dikait dengan langgar lari di Kemboja menyertai acara kebajikan di sana

Feb 21, 2019 | 7:30 PM
23df883b-7de1-4016-ac54-19a6277c5662
- FACEBOOK

PENUNGGANG motosikal yang dicari pihak berkuasa Kemboja berhubung kemalangan jalan raya di sana menyertai konvoi kebajikan dari Singapura yang mengunjungi negara itu.

Menurut laporan akhbar The New Paper, motosikal BMW R1200 GS Adventure milik penunggang perempuani itu berdaftar di Singapura dan didakwa terlibat dalam kemalangan pada 7 Februari yang menyebabkan seorang penunggang basikal berusia 81 tahun maut.

Beliau sebahagian kumpulan sekurang-kurangnya empat penunggang yang berada di Kemboja dari 5 Februari hingga 11 Februari bagi menyertai 'tunggangan kemanusiaan' yang bertujuan membantu orang tua dan yang kurang berkemampuan.

Acara itu dianjurkan oleh Ghifari Event Management. Apabila dihubungi TNP, pengendalinya Encik Razib Ibrahim - yang tidak menyertai romongan itu - berkata beliau tidak diberitahu tentang kejadian itu.

Namun, Encik Razib, selepas bercakap dengan penganjur acara itu berkata ia adalah kejadian kecil dan berkata pihak berkuasa sedang menguruskan perkara itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg