Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penutupan jalan bagi perarakan pengebumian negara mendiang S R Nathan

Aug 25, 2016 | 2:54 PM
Orang ramai beratur untuk memasuki Bangunan Parlimen bagi memberi penghormatan terakhir kepada mendiang mantan presiden S R Nathan pada Khamis (25 Ogos).
Orang ramai beratur untuk memasuki Bangunan Parlimen bagi memberi penghormatan terakhir kepada mendiang mantan presiden S R Nathan pada Khamis (25 Ogos). - AFP

BEBERAPA jalan akan ditutup bagi perarakan pengebumian negara mendiang mantan presiden S R Nathan pada Jumaat (26 Ogos), ujar polis dan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dalam satu kenyataan pada Khamis.

Perarakan itu akan meninggalkan Bangunan Parlimen pada 2 petang Jumaat dan menuju ke Pusat Kebudayaan Universiti (UCC) di University Nasional Singapura (NUS), tempat upacara pengebumian negara diadakan.

Sepanjang perjalanan, ia akan melewati Dewan Bandaraya, Hotel Fullerton dan Pusat NTUC.

Bagi memudahkan upacara itu, jalan dan lorong berikut akan ditutup dari 10 pagi hingga 6 petang pada Jumaat:

- Kent Ridge Crescent (antara tiang lampu 51/1 dan Sports Drive 2)

- Engineering Drive 1 (antara Kent Ridge Crescent dan Engineering Drive 3)

- Lorong paling kiri Clementi Road arah ke West Coast Ferry Road (antara tiang lampu 55A dan tiang lampu 51/1)

- lorong paling kanan Clementi Road arah ke Bukit Timah Road (antara tiang lampu 46 dan lampu hantar 50)

Trafik juga dijangka sibuk di sepanjang jalan ini dari 1.46 hingga 2.45 petang:

Hill Street, North Bridge Road, Stamford Road, Esplanade Drive, Fullerton Road, Collyer Quay, Raffles Quay, Cross Street, Upper Cross Street, Havelock Road, Ganges Avenue, Alexandra Road, Commonwealth Avenue West, Commonwealth Avenue, dan Clementi Road

Perkhidmatan bas 96 dan 151, yang melalui perhentian bas berhampiran UCC, akan dialih buat sementara dari 10 pagi hingga 6 petang disebabkan penutupan Kent Ridge Crescent.

Lapan perkhidmatan bas yang berulang-alik di kawasan sekitar Bangunan Parlimen akan terus dialihkan hingga 5 petang.

Orang ramai dinasihatkan supaya jangan menerbangkan sembarang pesawat tanpa pemandu, seperti dron, berhampiran UCC, atau di sepanjang laluan perarakan, kata kenyataan itu.

"Pegawai polis akan ditempatkan di semua simpang jalan terjejas untuk mengarahkan lalu lintas," katanya.

Orang ramai yang mempunyai pertanyaan mengenai upacara pengebumian atau perarakan boleh menghubungi 6336-1166.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg