Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penutupan sementara stesen MRT Woodleigh kerana 'serbuk penaik'

Apr 18, 2017 | 5:30 PM
INSIDEN KESELAMATAN: Stesen MRT Woodleigh ditutup sementara pada 1.25 petang tadi sebelum dibuka semula pada 4.20 petang. - Foto THE STRAITS TIMES
INSIDEN KESELAMATAN: Stesen MRT Woodleigh ditutup sementara pada 1.25 petang tadi sebelum dibuka semula pada 4.20 petang. - Foto THE STRAITS TIMES -

STESEN MRT Woodleigh yang ditutup sementara sekitar 1.25 petang tadi kerana penemuan bahan yang mencurigakan telah dibuka semula pada 4.20 petang tadi, menurut kenyataan polis di akaun Facebook mereka.

Hasil siasatan yang dijalankan pihak berkuasa, bahan itu disahkan sebagai tepung penaik.

Stesen MRT Woodleigh yang berada di Laluan Timur Laut (NEL) dikendalikan oleh syarikat SBS Transit dan kakitangan syarikat itu telah menemui bahan itu di stesen berkenaan.

Anggota Pasukan Pertahanan Awam Singapura yang bertanggungjawab menangani bahan-bahan merbahaya telah dikerahkan ke tempat kejadian.

SBS Transit mula memaklumkan tentang penutupan stesen MRT pada 1.49 petang, menyatakan adanya "insiden keselamatan".

Ia juga mengerahkan perkhidmatan bas percuma di perhentian bas antara stesen Serangoon dan Potong Pasir.

Polis yang memaklumkan perkembangan semasa sepanjang insiden tersebut menerusi akaun media sosial pula, telah menasihati orang ramai agar tidak membuat spekulasi.

Anggota Parlimen bagi kawasan undi Potong Pasir, Encik Sitoh Yih Pin, turut berada di tempat kejadian.

Disebabkan hujan, sukarelawan akar umbi telah dikerahkan untuk memayungi pengguna pengangkutan awam yang turun bas di perhentian bas di stesen MRT itu.

Penutupan sementara stesen Woodleigh adalah serupa kejadian pada 2 April lalu, apabila stesen Hougang ditutup seketika kerana isu keselamatan menyusuli penemuan sebuah beg yang terbiar.

Seorang lelaki berusia 39 tahun telah diberkas atas kesalahan menganggu ketenteraman awam.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg