Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penyalaan lampu tempoh terpanjang, 62 hari di Geylang dilancar

Mar 8, 2024 | 8:30 PM
Penyalaan Lampu Hari Raya Geylang Serai 2024 oleh Presiden Tharman Shanmugaratnam (empat dari kiri) di Wisma Geylang Serai. Bersama beliau (dari kiri) Anggota Parlimen (AP) Encik Zhulkarnain Abdul Rahim (GRC Chua Chu Kang); Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim; Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad; Encik Mohd Fahmi Aliman; Menteri Kedua (Ehwal Luar merangkap Pendidikan), Dr Mohamad Maliki Osman; AP SMC Mountbatten, Encik Lim Biow Chuan; dan Ketua Pengarah Eksekutif Persatuan Rakyat (PA), Encik Jimmy Toh.
Penyalaan Lampu Hari Raya Geylang Serai 2024 oleh Presiden Tharman Shanmugaratnam (empat dari kiri) di Wisma Geylang Serai. Bersama beliau (dari kiri) Anggota Parlimen (AP) Encik Zhulkarnain Abdul Rahim (GRC Chua Chu Kang); Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim; Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad; Encik Mohd Fahmi Aliman; Menteri Kedua (Ehwal Luar merangkap Pendidikan), Dr Mohamad Maliki Osman; AP SMC Mountbatten, Encik Lim Biow Chuan; dan Ketua Pengarah Eksekutif Persatuan Rakyat (PA), Encik Jimmy Toh. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI

Geylang Serai bermandi cahaya berwarna-warni apabila lampu hiasan Hari Raya di kawasan itu dinyalakan serentak dengan pembukaan Bazar Raya Geylang Serai pada 8 Mac.

Penyalaan Lampu Hari Raya Geylang Serai 2024, selama 62 hari itu dirasmikan oleh Presiden Tharman Shanmugaratnam.

Terdapat 500 gerai makanan, pakaian dan peralatan rumah di bazar itu di samping beberapa acara yang turut diatur.

Lebih 250 kumpulan budaya dan bakat dari Singapura dan luar negara dijadual mengadakan persembahan, demonstrasi makanan dan ceramah motivasi, kata penganjurnya, Wisma Geylang Serai (WGS).

Lampu hiasan itu akan dinyalakan sepanjang Geylang Road dan Sims Avenue hingga 8 Mei.

Menurut WGS, ia memanjangkan tempoh penyalaan lampu itu kepada 62 hari bagi memastikan setiap orang mempunyai masa yang mencukupi untuk menikmati suasana perayaan dan bergembira hingga kemuncak Hari Raya Aidilfitri.

Dalam ucapannya semasa majlis pelancaran itu, Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East, Encik Mohd Fahmi Aliman, berkata beliau berharap masyarakat akan mengambil kesempatan itu untuk menikmati “keindahan rekaan lampu yang dipasang”.

“Reka bentuk lampu hiasan meneruskan tradisi mempamerkan unsur budaya dan tradisi Melayu, menyuntik Jalur Budaya Geylang Serai dengan kemeriahan,” ujarnya, yang juga Anggota Parlimen GRC Marine Parade.

Menjangkau lebih 2.6 kilometer di sepanjang Changi Road, Geylang Road dan Sims Avenue, hiasan itu menjanjikan tontonan visual mengagumkan.

Bazar itu beroperasi setiap hari dari 10 pagi hingga 11.59 malam, dari 8 Mac hingga 9 April 2024, menurut satu kenyataan WGS.

Orang ramai masih boleh mengunjungi bazar pada malam Hari Raya, 10 April, kerana waktu operasi akan dilanjutkan sehingga 6 pagi, tambahnya.

Suasana Ramadan dan Hari Raya dimeriahkan lagi dengan persembahan di Pentas Persada Budaya dan Bazar.

Di Persada Budaya, orang ramai boleh menjangkakan persembahan daripada artis tempatan dan antarabangsa seperti Afgan, Ella dan Floor 88, bersama kira-kira 250 kumpulan budaya.

Manakala di bazar pula, pengunjung akan dihiburkan oleh artis dan penghibur jalanan atau ‘busker’ terkenal dari Singapura dan Malaysia, termasuk Ramlah Ram, Izzue Islam dan ramai lagi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg