Penyanyi La-A-Obe Kassim Selamat meninggal dunia

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penyanyi La-A-Obe Kassim Selamat meninggal dunia

May 26, 2019 | 6:56 PM

Penyanyi La-A-Obe Kassim Selamat meninggal dunia

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
ce49a54e-f055-4ee3-8ed3-a93b306ca963
-

PENYANYI tahun 1960-an Kassim Selamat, yang terkenal dengan lagu La-A-Obe meninggal dunia semalam. Beliau berusia 84 tahun. Allahyarham Kassim, yang nama sebenarnya ialah Kassim Rahmat, menghembus nafas terakhir pada 3.30 petang, menurut pos Facebook Wadah Seni Entertainment. Beliau, yang menganggotai kugiran The Swallows, dianggap antara artis perintis era Pop Yeh Yeh tahun 1960-an. Selain lagu La Obe', beliau juga terkenal dengan lagu Bawean lain seperti NgaLompak A-Go-Go, Sekelang Pake Kancana dan La Ngomber.

Dalam satu laporan akhbar ini pada 2014, isterinya, Cik Marwiyah Hadar berkata Allahyarham telah mula menunjukkan tanda-tanda mengalami dimensia. Allahyarham Kassim pernah menerima anugerah daripada Persatuan Bawean Singapura (PBS) kerana sumbangannya kepada masyarakat Bawean di Singapura.

Watch on YouTube
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg