SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Penyanyi legenda India Lata Mangeshkar meninggal dunia

Penyanyi legenda India Lata Mangeshkar meninggal dunia

Feb 7, 2022 | 5:30 AM

Penyanyi legenda India Lata Mangeshkar meninggal dunia

MENDIANG LATA MANGESHKAR
MENDIANG LATA MANGESHKAR -

MUMBAI: Ikon budaya India tersohor dan penyanyi Lata Mangeshkar, yang mendefinisikan muzik dan irama buat ramai rakyat di negara itu meninggal dunia semalam.

Usianya 92 tahun dan beliau meninggalkan empat adik-beradik. Mangeshkar dimasukkan ke hospital pada 11 Januari selepas dijangkiti Covid-19, jelas doktor.

Pemergiannya pada pagi semalam berpunca daripada kegagalan beberapa organ selepas 28 hari dirawat di hospital pascaCovid-19, kata Dr Pratit Samdani, yang merawatnya di Hospital Breach Candy di Mumbai, lapor televisyen kerjasama agensi berita Reuters, ANI.

Suara merdu Mangeshkar sering kedengaran di televisyen, corong radio dan pawagam sepanjang kemerdekaan India selama tiga suku abad, menjadikannya penyanyi yang dinobatkan dengan gelaran si buluh perindu atau 'The Nightingale'.

Beliau pernah membuat persembahan di Stadium Tertutup Singapura pada 1994.

Perdana Menteri India, Encik Narendra Modi menerusi ciapan Twitter menyatakan beliau sedih hingga tidak terkata.

Mendiang Mangeshkar akan menerima upacara pengebumian negara dengan pemerintah India akan mengamati sesi perkabungan negara dengan bendera India dikibar separuh tiang sepanjang hari ini, jelas Kementerian Ehwal Dalam Negeri India.

"Lata Didi (Kakakku Lata) yang baik hati dan penyayang telah meninggalkan kita. Mendiang meninggalkan kekosongan tidak terisi dalam negara kita ini. Generasi mendatang akan mengingatinya sebagai penyokong setia budaya India, yang suara merdunya mempunyai keupayaan tiada tolok bandingnya dalam memukau pendengar," jelas Encik Modi. - Reuters.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg