SEORANG juruukur menerima rasuah berjumlah AS$10,000 ($13,737) daripada tukang pemuatan di gergasi minyak Shell sebagai pertukaran untuk berdiam diri mengenai penyelewengan bahan tenaga di kemudahan Pulau Bukom.
Hasil daripada bantuan Erwin Suhardi Jamaluddin, satu insiden penyelewengan minyak gas Shell bernilai hampir AS$1.2 juta tidak dapat dikesan pada 2017.
Erwin, 38 tahun, yang ketika itu bekerja di syarikat Intertek Testing Services, semalam (15 Jul) dipenjara empat bulan dan dua minggu selepas dia mengaku bersalah atas tuduhan rasuah membabitkan AS$5,000, lapor The Straits Times.
Dia juga diperintahkan membayar penalti $13,737.50, iaitu jumlah rasuah yang diambilnya. Jika dia tidak mampu membayarnya, Erwin akan dikenakan tiga minggu penjara sebagai tambahan.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg