Topik diikuti
Pergi ke BHkuPenyelidik NUS temui cara lebih mesra alam rawat air sisa, awet makanan
Penyelidik NUS temui cara lebih mesra alam rawat air sisa, awet makanan
SEKUMPULAN penyelidik di Universiti Nasional Singapura (NUS) telah menemui cara lebih mesra alam untuk merawat air sisa dan mengawet makanan, dengan mengubah daun nanas menjadi bahan aerogel yang biodegradabel.
Aerogel, yang lazimnya diperbuat daripada silika, selalunya digunakan sebagai penyerap minyak serta dalam aplikasi penebat haba (heat insulation).
