Penyertaan Anugerah Pena Emas dibuka dalam wadah digital

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penyertaan Anugerah Pena Emas dibuka dalam wadah digital

Jul 3, 2021 | 5:30 AM

Penyertaan Anugerah Pena Emas dibuka dalam wadah digital

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
28b66ed1-1066-433d-b687-c36f77a4c171
-

ANUGERAH Pena Emas (GPA) kembali lagi tahun ini dalam wadah digital.

Dianjurkan oleh Arts House Limited dan disokong Majlis Seni Kebangsaan, Anugerah Pena Emas merupakan sayembara penulisan pelbagai bahasa di Singapura.

Peserta boleh mengetengahkan karya cerpen dan puisi serta berpeluang memenangi hadiah pertama yang menawarkan wang tunai $7,000.

Menurut penganjur, semua penyertaan akan dikendalikan secara digital dan penyertaan dalam talian akan bermula dari 1 Jun sehingga 22 Julai 2021, 11.59 malam.

Manuskrip dalam format dokumen mudah alih (PDF) dengan saiz fail tidak melebihi 5 megabait (MB) boleh dihantar kepada penganjur.

Setiap penyertaan juga harus disertakan dengan biodata penulis dalam bahasa Inggeris dengan 100 perkataan.

Setiap penyertaan juga dikenakan yuran $16.

Pada 2019, kategori puisi dalam bahasa Melayu telah dimenangi Cik Hartinah Ahmad dengan sajak berjudul, Sekati Tamban, Secekak Bayam Dalam Bakul Rotan.

Kategori cerpen dalam bahasa Melayu pula telah dimenangi Mohamed Naguib Ngadnan dengan cerpen berjudul Saudagar Pagar.

Sila ke laman artshouselimited.sg/gpa untuk maklumat lanjut bagi penyertaan sayembara ini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg