Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Peperiksaan lisan PSLE, GCE 'O' secara bersemuka diteruskan dengan langkah pengurusan selamat lebih ketat

May 30, 2021 | 5:04 PM
PEPERIKSAAN LISAN DITERUSKAN: Peperiksaan lisan PSLE dan GCE peringkat O akan dilaksanakan secara bersemuka, namun dengan pengurusan selamat yang lebih ketat.
PEPERIKSAAN LISAN DITERUSKAN: Peperiksaan lisan PSLE dan GCE peringkat O akan dilaksanakan secara bersemuka, namun dengan pengurusan selamat yang lebih ketat. - - Foto fail

PARA pelajar masih akan menduduki peperiksaan lisan secara bersemuka bagi Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) dan GCE peringkat O tahun ini, meski dengan langkah Covid-19 yang diperketat.

Menjawab pertanyaan akhbar The Straits Times, Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura (SEAB) berkata peperiksaan lisan dilakukan secara bersemuka selaras dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk mata pelajaran bahasa di sekolah yang memberi tumpuan terhadap komunikasi secara bersemuka.

SEAB berkata pihaknya sedang bekerjasama dengan sekolah-sekolah untuk memastikan langkah-langkah penjarakan sosial dapat dilaksanakan, agar peperiksaan lisan ini dapat dikendalikan dengan selamat untuk kedua-dua pelajar dan pemeriksa.

Langkah-langkahnya termasuk meletakkan perisai plastik yang jelas antara calon dan pemeriksa lisan, memastikan kemudahan dinyahjangkit dan masa tamat peperiksaan yang berperingkat bagi para pelajar.

SEAB menambah mereka akan terus memantau keadaan Covid-19 dan memberikan butiran terkini sekiranya terdapat perubahan pada pengaturan peperiksaan.

Dari 19 Mei hingga akhir penggal sekolah kedua, semua sekolah di Singapura melaksanakan pembelajaran di rumah (HBL) dek peningkatan pada kes Covid-19 dalam kalangan masyarakat.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg